Setiap insan perlu bersyukur kepada maha pencipta iaitu Allah SWT yang telah menjadikannya sebaik-baik ciptaan dan melantiknya sebagai khalifah di bumi ini. Disamping ciptaan yang terbaik, insan juga telah diberi nikmat yang tiada terhitung bagi membolehkan ianya memakmurkan bumi ini.Nikmat-nikmat ini meliputi:
1) Hidayah Allah.
Allah telah menganugerahkan islam kepada insan sebagai Addin iaitu cara hidup dengan misi : Bertakwa kepada Allah SWT dan visi: kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
2) Keluarga, Harta dan Kemuliaan.
Nikmat berkeluarga, berharta dan dimuliakan oleh masyarakat adalah anugerah Allah yang sungguh indah dan perlu disyukuri. Namun usah anda berduka kerana sekian lama anda belum mempunyai keluarga atau anak atau hutang banyak atau dipandang rendah oleh masyarakat. Anda harus redha dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kemudian kita bermuhasabah dan mencari jalan unyuk mengatasi masalah yang anda hadapi. Allah berfirman:
"Sekiranya kamu bersyukur, akan Ku tambahi nikmati Ku kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmat Ku, sesungguhnya azab Ku amatlah pedih" (Ibrahim: 7 )
3) Jasmani
Nikmat Jasmani yang meliputi badan yang sihat dan umur yang panjang dapat dinikmati sepenuhnya dengan adanya harta dan keluarga yang mulia.
4) Akal
Nikmat Akal akan dapat dinikmati sepenuhnya dengan adanya jasmani yang sihat dan menjauhi yang haram, subahat dan maksiat.
5) Kebahagiaan di Akhirat
Kebahagiaan di akhirat adalah kebahagiaan abadi. Nikmat ini dapat dinikmati dengan pertolongan Allah SWT dan nikmat Akal.
No comments:
Post a Comment