Custom Search

Wednesday, February 11, 2009

PORTFOLIO EXCO PERAK & TIGA PENASIHAT

YAB Menteri Besar telah mengumumkan portfolio anggota-anggota exco kerajaan negeri dan pelantikan tiga penasihat Menteri Besar dan seorang Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.Ketiga-tiga penasihat itu dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan bertaraf exco tetapi diberi kemudahan exco, katanya pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Senarai fortfolio Exco adalah seperti berikut:

  1. YAB Menteri Besar turut menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Hasil Bumi, Pertanian, Perumahan dan Agama.

  2. YB Hamidah Osman dilantik exco kanan dengan mempengerusikan Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita,

  3. YB Datuk Ramly Zahari selaku Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air,

  4. YB Dr Mah Hang Soon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.

  5. YB Datuk Saarani Mohamad dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan,

  6. YB Mohd Zahir Abdul Khalid sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, dan

  7. YB Zainol Fadzi Paharuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Penasihat:

  1. Datuk Mohd Najumuddin Elias sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam,

  2. Datuk Chang Ko Youn selaku Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina, dan

  3. Datuk S. Veerasingam sebagai Penasihat Hal Ehwal Kaum India

  4. Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

Tahniah kepada YAB Menteri Besar yang telah berjaya mengagihkan portfolio Exco dan melantik penasihat-penasihat yang melambangkan sinergi berbagai kaum. Semoga keadaan bergelora kembali reda dan pemerintahan BN akan meneruskan pembangunan negeri Perak.




No comments:

Post a Comment