YB Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin masih menganggap dirinya sebagai Menteri Besar Perak dan secara langsung menyanggah titah perintah Paduka Seri Sultan Perak supaya meletak jawatan. Beliau telah meneruskan 'tugasnya' dengan mengadakan 'Mesyuarat Khas Exco' di kediamannya.
Beliau juga telah mengatakan bahawa beliau akan datang seperti biasa ke pejabat pada hari Selasa dan "akan berlumba-lumba siapa yang masuk dulu (jika Datuk Dr. Zambry tiba pada masa yang sama)." Tambah beliau lagi.
Sementara itu YAB Dato' Seri Najib, TPM telah berkata,"Kita mesti menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Perak. Sebagai bekas Ketua Hakim Negara sudah tentu Tuanku amat memahami peranannya sebagai sebagai Raja Berperlembagaan."Tiada sesiapa pun yang patut mencabar keputusan ini."
Beginilah senario Negeri Perak ketika ini:
- Terdapat dua MB dan akan berebut ke pejabat.
- Menjalankan Mesyuarat Exco tanpa merujuk kepada Sultan terlebih dahulu dan tanpa kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, dan Pegawai Undang- Undang.
- Pakatan Rakyat akan menfailkan saman terhadap Sultan pada Selasa ini.
- Suasana Kecoh, petanda kurang baik untuk keharmonian dan pelaburan.
Nampaknya rakyat Perak terpaksa mengharungi kemelut yang akan mengambil masa untuk diselesaikan. Kecuali pihak Dato' Seri bermuhasabah diri dan akur dengan titah perintah Sultan. Mengikut pengalaman, jika menyanggah titah Sultan kita telah derhaka dan akan sukar hidup di negeri dimana Sultan itu bersemayam.
Kita berdoa agar keadaan ini tidak akan berlaku dan Negeri Perak akan terus aman sentosa dan maju.
No comments:
Post a Comment