
Permandangan Dari Tingkat 9 Hotel Putra Palace, Kangar
Sempena cuti menyambut Tahun Baru Cina, Kami bertiga berpeluang balik kampung di Jejawi, Kangar selama empat hari. Perjalanan pergi mengambil masa enam jam kerana kenderaan yang agak sesak. Begitu juga semasa balik. Masing-masing mengambil peluang balik ke kampung halaman berjumpa saudara, kawan kenalan yang mungkin telah lama tidak berjumpa.
Pada kali ini, kami berkesempatan membuat kunjung hormat kepada YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis dan ke pejabat Ahl-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Gambar kenangan bersama YAB Menteri Besar Perlis
Kami juga berkunjung Ke Pejabat RISDA Negeri Perlis dan berjumpa ramai pegawai dan staf lama dan baru seperti Hasnah, Saodah, Sadli, Hashim, Tipah dan lain-lain. Kami juga dimaklmkan bahawa En Mohd Radzuan bin Mohd Diah, Pengarah RISDA Negeri Perlis,telah menggalami 'minor stroke' dan sedang cuti sakit.
Kami sempat bertandang ke rumah En Radzuan pada sebelah petang. Nampaknya beliau beransur pulih, boleh berbual dan berjalan. Rasa kebas di tangan dan kaki masih terasa, menurut beliau. Beliau sedang menjalani rawatan physio terapy. Marilah kita doakan agar En Radzuan segera sembuh dan terus memimpin RISDA Perlis. Amin

Santai Cafe pada jam 11.00 mlm, suasana nyaman.
Kalau anda ingin bersantai di waktu malam, kami cadang Santai Cafe di Putra Palace. Tempat selesa dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan musik yang 'best' alunan pemuzik tempatan. Cafe ini baru dibuka mulai awal Januari 2009.

Pak Su Dan Untie Wati sedang menunggu hidangan

Danish , Daniel siapa menang?
Adik dan Datin setelah menjamu selera
Balik Kampung kali ini amat menyeronokkan. Kami harap anda juga seronok semasa cuti menyambut Tahun Baru Cina ini. Jumpa Lagi.
Salam hormat dari http://temanrisda.ning.com
ReplyDeletechristian louboutin shoes
ReplyDeletejordan shoes
golden goose sale
yeezy 700
air max
supreme clothing
ultra boost 3.0
balenciaga sneakers
hermes birkin bag
golden goose slide
e1o94e1d99 q5t17w2y42 u5v11r4f59 g2j40f5x95 o5i14d9s04 k2l47n4l31
ReplyDelete