Custom Search

Wednesday, February 11, 2009

SENARIO PERAK TERKINI


"Saya percaya dia (Muhammad Nizar) akan keluar akhirnya dan tidak akan mengambil masa panjang kerana kerajaan Perak sudah memperingati beliau berulang kali yang dia mesti tinggalkan pejabat dan kediaman rasmi itu kerana Menteri Besar (baru) dah dilantik," kata YAB Perdana Menteri


1.YAB Menteri Besar dan barisan Exco Negeri Perak memasuki pejabat mereka secara rasmi hari ini.Kita menjangka akan mengetahui pengagihan fortfolio Exco sebentar lagi.

YAB Datuk Dr Zambry, Menteri Besar menjalankan tugas berulang alik ke pejabat dari rumah sendiri.

2. YB Dato' Seri Muhammad Nizar ditegah masuk Pejabat MB. Beliau enggan keluar daripada kediaman rasmi MB dan menjadikanya sebagai 'pejabat'. Dato' Seri juga masih menggunakan kereta rasmi MB. YAB Perdana Menteri menyatakan, tidak perlu menggunakan paksaan untuk meminta bekas MB keluar dari kediaman rasmi, memadai beri peringatan tegas dan beliau akan keluar akhirnya.

3. Berdasarkan berpuluh aduan daripada pertubuhan politik dan NGO, Polis telah memulakan siasatan terhadap Karpal Singh, Pengerusi DAP yang dilihat menghina Sultan Perak. Sebarang tindakan akan diputuskan oleh Peguam Negara.

Perdana Menteri memaklumkan kerajaan tidak bercadang menggunakan ISA terhadap Ahli Parlimen Gelugor itu.

Sementara itu, Karpal Singh menegaskan beliau tidak bercadang untuk memohon maaf kerana rancangannya menyaman Sultan bukan menghina dan mencabar kedaulatan Sultan.

Penulis berpendapat Karpal Singh sejak dulu lagi sengaja ingin menimbulkan tidak kesetabilan dalam negara. Dia seorang yang angkuh dan tindak tanduknya berdasarkan pertimbangan undang-undang, tanpa menghormati budaya, adat resam dan agama di Malaysia. Beliau tidak dapat mandat menyaman Sultan daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang Lain. Beliau perlu dihukum setimpal dengan kesalahannya sebagai pengajaran kepada yang lain.

No comments:

Post a Comment