Monday, February 16, 2009
MU'JIZAT AL QURAN
Mu'jizat bererti sesuatu yang luar biasa yang tiada kuasa manusia membuatnya kerana hal itu adalah di luar kemampuannya.
Ianya hanya diberi kepada nabi-nabi untuk menguatkan kenabian dan kerasulannya dan bahawa agama yang dibawanya bukanlah rekaannya tetapi benar-benar dari Allah S.W.T.
Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W telah diberi berbagai-bagai mu'jizat seperti tongkat Nabi Musa A.S telah menelan semua ular-ular yang didatangkan tukang-tukang sihir Fir'aun dan dapat membelah laut bagi menyelamatkan diri dan kaumnya dari kejaran Fir'aun yang akhirnya karam bersama-sama tenteranya.
Begitu juga mu'jizat yang dapat menghidupkan orang mati,menyembuhkan orang yang buta dan yang sopak, yang diberikan kepada Nabi Isa A.S.
Mu'jizat yang terbesar yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah Al Quran, suatu mu'jizat yang dapat disaksikan oleh seluruh umat manusia di mana dan bila saja mereka berada.
Mu'jizat Al Quran terletak kepada keindahan susunan , gaya bahasa serta isinya yang tiada tolok bandingannya. Mustahil manusia dapat membuat susunan yang dapat menandingi Al Quran seperti firman Allah S.W.T yang ertinya:
"Katakanlah: sesunguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk mengatakan yang serupa Al Quran ini, niscaya tidak mereka akan dapat membuatnya, biarpun sebahagian mereka membantu sebahagian (yang Lain)." (surah Al Israa' ayat 88)
Oleh itu marilah kita mendampingi lebih dekat lagi Al Quran dengan membacanya dengan lebih kerab, dan mengkajinya serta mengamalkan kandungannya. Sesungguhnya, Ia adalah sumber petunjuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Dalam usaha meneliti kandungan Al Quran, saya telah menemui beberapa penemuan yang mengagumkan. Berikut adalah diantara keajaipan Al Quran:
Saya ingin bertanya kepada anda berapa kalikah perkataan-perkataan seperti Solat, Hari, Bulan, Dunia, Akhirat disebut dalam Al Quran? Kurang pasti!
Berikut adalah bilangan sesuatu nama yang disebut beberapa kali di dalam Al Quran:
Solat (sembahyang) -5 kali
Hari - 365 kali
Bulan - 12 kali
Dunia -115 kali
Akhirat - 115 kali
Malaikat -88 kali
Syaitan - 88 kali
Iblis; Penghulu Syaitan -11 kali
Mohon perlindungan daripada Iblis - 11 kali
Mati - 145 kali
Hidup - 145 kali
Ummah - 50 kali
Penyampai - 50 kali
Zakat - 32 kali
Berkat- 32 kali
Lelaki - 24 kali
Perempuan - 24 kali
Kesusahan -114 kali
Kesabaran - 114 kali
Lautan -32 kali
Daratan - 13 kali
Lautan dan Daratan = 32 + 13 - 45
Maka peratusan Lautan = 32/45 x 100 = 71.11 peratus
Kajian sain oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputu 71.11% daripada bumi dan tanah meliputi 28.89%.
Banyak lagi angka-angka yang menakjubkan seperti nombor 19 - kod matematik yang melatarbelakngi komposisi literatur Quran dan lain-lain lagi.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah S.W.T.
Sumber; " the Series of The Scientific Miracles In Quran," oleh Dr. Tariq Al Suwaidah
Ini adalah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap Kandungan Al Quran.Banyak lagi perkara telah disentuh dan dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, perubatan, angkasa lepas, geoglogi kejuruteraan dan lain-lain lagi.
Untuk makluman lanjut sila rujuk di sini.
Semoga keakraban kita dengan Al Quran akan membawa kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment