Custom Search

Friday, February 13, 2009

SULTAN SELANGOR DUKACITA GELAGAT BIADAB


“Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta” titah Sultan Selangor.

Itulah titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang terkandung dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah .Ia menzahirkan kemurkaan tuanku terhadap pihak-pihak yang biadab terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.

Diharap semua pihak sedar bahawa berkelakuan menyanggah dan biadab terhadap sultan bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat bahkan juga duli-duli tuanku.

Peristiwa ini seharusnya dijadikan iktibar dan pelajaran kepada semua yang cintakan keharmonian, kestabilan dan kemakmuran negara ini.

No comments:

Post a Comment