Custom Search

Thursday, February 12, 2009

JUARA DAN YANG TEWAS

Adakah anda tahu ciri-ciri orang yang menjadi Juara dan Yang Tewas? Berikut adalah diantara ciri-ciri yang harus dijadikan renungan bersama:

  1. Juara membuat kesilapan dan mengaku dirinya bersalah. Yang tewas berkata itu bukan kesalahannya.
  2. Juara memuji nasib baiknya kerana menang, tetapi ia bukan nasib baik. Yang tewas menyalahkan nasib buruk kerana kalah, tapi ia bukan nasib buruk.
  3. Juara berkerja lebih kuat dari yang tewas dan ada lebih banyak masa untuk berehat. Yang tewas sentiasa sibuk, terlalu sibuk mengekalkan kegagalannya.
  4. Juara menembusi masalah, yang tewas mengelilinginya.
  5. Juara menunjukkan kekesalannya dengan tidak mengulanginya. Yang tewas meminta maaf tetapi dia ulangi lagi setelah itu. (Anonim)

Jika anda mempunyai ciri-ciri Juara, syabas. Teruskan amalan dan semoga mencapai kejayaan . Namun, jika anda mempunyai satu atau lebih ciri-ciri orang yang tewas, usah risau, bertaubat, perbaiki sikap dan tindakan anda. Mudah-mudahan Allah S.W.T. akan terima taubat anda dan memberi taufik dan hidayahNya. Amin

No comments:

Post a Comment