Custom Search

Sunday, February 8, 2009

KARPAL KECAM ANWAR




BERITA PANAS!!!


Tidak layak memimpin PKR?

Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP mengecam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkannya tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

Beliau juga mengingatkan mana-mana pihak,termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong dan Balik Pulau, yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya bersedia dengan apa juga akibatnya. Ini beliau anggap sebagai ugutan dan berkata, “Jangan main-main dengan saya.” -Utusan Malaysia.

Setiap pemimpin Pakatan Rakyat ( PR ) nampaknya sedang 'tension' disebabkan kehilangan kuasa di Perak. Akibatnya mereka mula mencari salah antara satu dengan lain. Keretakan dikalangan PR telah jelas kelihatan.

Semoga kekalutan politik ini menjadi iktibar kepada semua agar menjaga 'team' masing-masing dan mempastikan tiada ahli yang menjadi 'katak' dan menjejas 'status quo' parti dan pemerintahan negeri dan negara.

No comments:

Post a Comment