Custom Search

Friday, January 16, 2009

TINDAKAN MENGAWAL DAN MENGUMPUL WANG










Kedatangan tahun 2009 disambut dengan suasana ekonomi yang tidak menentu. Dengan kenaikan harga barangan, mungkin ramai yang merasakan sukar untuk mengumpul wang dan berfikir panjang untuk menyumbang kepada yang memerlukan.

Kita sentiasa berharap agar kesukaran ini akan dapat diatasi. Namun harapan tidak akan membawa perubahan. Hanya tindakan sahaja yang boleh mengubah harapan menjadi kenyataan.

Jika salah satu Azam Tahun Baru anda adalah untuk mengawal dan mengumpul wang, maka coretan ini boleh membantu anda mengambil tindakan untuk berjimat cermat, mengurangkan perbelanjaan dan menambah pendapatan demi masa depan yang selesa:

Tindakan 1: Kesan setiap sen yang dibelanjakan.


Cara pertama untuk mengawal dan mengumpul wang ialah mengesan setiap sen yang masuk dan keluar dalam hidup kita, berbanding dengan wang yang kita agak keluar dan masuk. Amalan ini akan memberi kesan yang sungguh besar.

Tidak kira bagaimana anda mengesan perbelanjaan anda.Yang penting ialah "just do it". Anda boleh merekod dalam buku nota atau menggunakan komputer. Yang penting , amalan ini perlu berterusan dan jadikannya sebagai tabiat. Merekod transeksi sebaik-baiknya dilakukan secepat mungkin.

Tindakan 2 : Menyediakan bajet

Setelah mengesan perbelanjaan dalam tempoh sebulan , gunakan maklumat yang diperolehi untuk menggubal bajet. TJ Stanley dan WD Danko dalam buku mereka,The Millionaire Next Door menyatakan bajet adalah satu perkara yang mengasingkan orang kaya dengan orang-orang lain. 55% orang kaya menggunakan bajet. Bagaimana dengan anda? Ramai yang tidak guna bajet kerana ianya mem'boring'kan, tidak perlu atau tidak tahu membuat bajet.

Satu cara membuat bajet ialah Balanced Money Formula cadangan Elizabeth Warrens. Ia mencadang, berdasarkan pendapatan, kita belanja: 50% untuk keperluan (needs) seperti sewa rumah, barang-barang dapur,api air dan sebagainya, 20% simpanan (savings) termasuk hutang dan bakinya 30% untuk kehendak (wants) seperti makan di resturan.

Andrew Tobias dalam bukunya The Only Investment You'll Ever Need mencadangkan supaya:

  1. Hapuskan Kad Kredit.
  2. laburkan 20% pendapatan anda
  3. Hidup dengan 80% dengan apa cara sekalipun.

Memang benar, sering kita berbelanja lebih jika kita menggunakan kad kredit. Saya telah lama tidak menggunakan kad kredit saya kecuali apabila menginap di hotel.

Tidak kira bagaimana anda gubal bajet anda, yang penting sediakan bajet yang seimbang yang didalamnya meliputi lebihan untuk simpanan. Lebihan boleh bermula dengan 5% dan meningkat mengikut kemampuan. Inilah cara untuk mengumpul wang dan kekayaan.

Tindakan 3: Kurangkan belanja keperluan dan kehendak.

Dalam menetiti perbelanjaan bulanan dan menyediakan bajet, mungkin terdapat perbelanjaan yang boleh dikurangkan tanpa menjejas mutu hidup anda seperti:

  1. Berjimat penggunaan gas, api, air dan telefon. Contoh: Tutup lampu letrik dan aircond. apabila keluar bilik/rumah. Telefon dan sms scara ringkas dan bila perlu sahaja.
  2. Bercucuk tanam seperti cili, serai, pandan, pokok kari dan lain-lain yang boleh meringan beban membeli sayuran.
  3. Berhenti tabiat yang merugikan. Contoh: Merokok. Banyak wang yang boleh dijimatkan jika mempunyai keazaman yang kuat untuk berhenti merokok.
  4. Mengurangkan makan diluar. Contoh: Jika kerap makan di luar, kurangkan amalan ini . Belilah makanan banyak sekali gus.Ini biasanya lebih murah.
  5. Mengurangkan beli ubatan. Ramai yang perlu berbelanja untuk mengubat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Jumlah kos boleh dikurangkan jika kita lebih sihat dengan rajin beriadah seperti berjalan, berjogging, berbasikal dan sebagainya.
  6. Kalau perlu pakai kad kredit,bayarlah secepat mungkin untuk mengelakkan bertimbunnya bunga.
  7. Bercuti di tempat yang dekat. Amalan ni lebih murah.

Tindakan 4: Wujukkan Tabung Kecemasan

Sering kali kita memerlukan wang semasa kecemasan seperti kereta rosak, ahli keluarga ditimpa bencana. Oleh kerana ketiadaan wang, kita terpaksa menggunakan kad kredit. Ini akan membebankan lagi dengan tambahan caj feadah.

Dalam menyediakan bajet, peruntukkan sebahagian simpanan untuk diagihkan ke dalam Tabung Kecemasan. Anda boleh gunakan tabung ini apabila diperlukan.

Huraian seterusnya akan dicoretkan pada posting yang akan datang, insyaAllah

1 comment:

  1. replica goyard bags why not try these out x1u33r2z68 replica bags in china replica bags los angeles replica hermes r5z88o7p08 replica bags near me click this link here now g7a76h9l24 louis vuitton fake replica bags review

    ReplyDelete