Custom Search

Friday, January 30, 2009

PM TURKEY WIRA GAZA

"I find it very sad
that people applaud what you said.
There have been many people killed.
And I think that it is very wrong and it is not humanitarian,"
Ayat diatas adalah sebahagian ucapan Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turkey ketika membidas Presiden Shimon Peres di World Economic Forum, Davos, Switzerland kerana menyerang Gaza dan membunuh ribuan rakyat palestin.
Diatas keberanian dan ketegasan Erdogan menyelar Presiden Israel, beliau telah disambut pulang oleh ribuan rakyat Turkey sebagai wira dengan sorakan "Turkey is proud of you". Beliau juga disanjung di Gaza di mana bendera Turkey dikibarkan di atas masjid yang telah musnah dan di demonstrasi Pro-Hamas.
Walaupun Turkey mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel namun ia berani menyuarakan kekejaman zionist terhadap Palestin di Gaza. Sedang pemimpin-pemimpin Arab yang lain hanya sanggup bermesyuarat dan tunduk kepada ancaman Israel.
Kita juga harus berbangga kerana ada pemimpin di kalangan negara Arab yang lantang menentang kezaliman dan membela Islam. Syukur.
Berikut adalah video yang menunjukkan suasana Erdogan mengutuk Israel sebelum meninggalkan majlis.


No comments:

Post a Comment