'Starting today,
we must pick ourselves up, dust ourselves off,
and begin again the work of
remaking America'
Itulah ungkapan keramat Barack Hussein Obama, yang baru mengangkat sumpah sebagai Presiden America Syarikat yang ke 44, disaksikan oleh lebih sejuta orang di National Mall dan billion lagi di seluruh dunia.
Barack Obama bagaikan cahaya bergemerlapan yang akan menerangi Amerika Syarikat dan dunia. Ucapan di upacara pengsytiharannya membayangkan seribu harapan dan janji, dengan kata-kata antaranya:
"In reaffirming the greatness of our nation, we understand that greatness is never a given. It must be earned."..."The challenges we face are real. They are serious and they are many. They will not be met easily or in a short span of time. But know this, America, they will be met."....."To the Muslim world, we seek a new way forward, based on mutual respect."
Sama-sama kita berdoa agar sentuhan Barack Obama akan mengatasi krisis kewangan global , membawa perdamaian di Asia Barat dan kemakmuran di dunia. Amin.
Apakah iktibar
yang kita perolehi dari peristiwa bersejarah ini?
Seiring dengan azam kental Presiden dan rakyat Amerika Syarikat, marilah kita merenung sejenak dan menilai pencapaian keluarga (negara kecil) kita masa kini. Tentu masih ada yang kurang dan belum dicapai. Marilah kita berazam untuk REMAKING keluarga Kita. Tambahbaik mana yang belum baik dan penuhi mana yang masih kurang.
Ayuh, kita lengkapkan azam kita dengan menyediakan pelan dan mengambil tindakan. Ingatlah, Azam tanpa Tindakan umpama Berkhayal di Waktu Siang. Pepatah Inggeris juga berkata."If you fail to plan you plan to fail."
Selamat Maju Jaya
Barack Obama dalam REMAKING Amerika Syarikat
dan
Anda dalam REMAKING Keluarga Tercinta
No comments:
Post a Comment