Custom Search

Friday, January 9, 2009

Cantik Tak Gambar Hiasan Diatas?

Itulah gambar Air pancut di Hotel Burj Al Arab, Dubai. Salah sebuah hotel mewah yang terbaik di dunia. Biasanya kita lihat 5 Star Hotel. Tapi Burj Al Arab adalah 7 Star Hotel. Tingginya 321 meter dan berbentuk layar kapal. Sungguh menakjubkan.





Burj Al Arab dari canal Hotel Madinat Jumirah tempat kami menginap.

Kami berasa bertuah kerana berpeluang menggunjungi hotel ini di waktu malam semasa transit 3 hari di Dubai dalam perjalanan ke London pada Disember 2007.



Permandangan yang sungguh cantik dan menawan

Suasana yang mewah dan menyeronokkan.

Dubai merupakan bandar raya terbesar di United Arab Emirates (UAE). Ia mempunyai penduduk kira-kira 1 juta orang yang kebanyakannya expartriate, pekerja-pekerja asing. Pembangunannya amat pesat dengan pencakar langit bagaikan cendawan. Bangunan baru yang sedang dibina sungguh banyak. Dimaklumkan bahawa 70 peratus crane pembinaan di dunia terdapat di Dubai. Dubai juga ternama dengan syurga membeli belah. Pemandu pelancung melawak dengan berkata,"Dubai means do and buy."


Kami meninggalkan Dubai dengan seribu kenangan manis. Rasa ingin berkunjung lagi.


No comments:

Post a Comment