Custom Search

Monday, January 26, 2009

GERHANA MATAHARI

Gerhana Matahari Annulus kelihatan di Bandar Lampung, Indonesia

Di kala masyarakat Cina merayakan Tahun Baru Cina, pada masa yang sama Gerhana Matahari telah berlaku. Menurut catatan Agensi Angkasa Negara, Gerhana Matahari Annulus berlaku selama 3 jam 45 minit apabila bulan merentasi di hadapan matahari dan menutupi sebahagian daripadanya. Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau annulus selama kira-kira 7 minit 54 saat. Ianya dapat dilihat di sekitar kawasan barat Indonesia.

Di Kuala Lumpur, terdapat Gerhana Matahari Separa dengan liputan 64%. Saya cuba melihat ke langit kira-kira jam 4.40 ptg namun tidak kelihatan gerhana disebabkan awan yang tebal. Apabila melihat di Live Webcasting daripada National Planeterium dan Lampung, Indonesia, saya melihat gerhana dengan jelas. Sungguh indah kejadian Tuhan . Allahu Akhbar!

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa gerhana bukanlah petanda atau alamat sesuatu.

Baginda bersabda,


"Sesungguhnya matahari dan bulan
merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah
tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya
kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya.
Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah
sehingga kembali terang(hilang gerhana)
apa dengan kamu." (Riwayat Muslim)

Kita digalakkan menggerjakan solat gerhana 2 rakaat. Hukumnya sunat muakkadah.

Menurut NASA, terdapat 2 Gerhana Matahari dan 4 Gerhana Bulan dalam tahun 2009 seperti berikut:

Gerhana Matahari
  1. 16 Jan. 2009
  2. 22 Julai 2009

Gerhana Bulan:

  1. 9 Feb. 2009
  2. 7 Julai 2009
  3. 6 Ogos 2009
  4. 31 Dis 2009

Semoga kejadian Gerhana menguatkan keimanan kita untuk terus mengabdikan jiwa dan raga kita kepada Allah SWT, Maha Pencipta. Mudah-mudahan kita akan diberi rahmat , kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin



No comments:

Post a Comment