Pada cuti sekolah yang lalu mungkin ramai diantara kita telah berpeluang bercuti balik kampung. Ada yang berkesempatan melancung ke tempat-tempat yang menarik. Syukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan kami berkunjung ke rumah anak sulung kami, Iva Ilyana dan Malique Firdaus di Croydon, London.
Malique dan Iva seronok di Venice
Kami berkesempatan bersama cucu kami yang pertama, Qistyna Alisya yang berumur 9 bulan selama kira-kira dua minggu di sana.
Qistyna Alisya sedang menunjukkan kemahirannyaKetika di London, kami berpeluang melancung ke Barcelona, bandar bersejarah lagi indah dengan rupa bentuk taman dan bangunan-bangunannya. Ianya juga terkenal dengan Futbal Club Barcelona.
Datin semasa di Guell (Architect Tersohor)Park
Sagarda Familia Rekaan 1884-1891 Oleh Gaudi. Perhatikan KLCC dan Bangunan ini!
Dalam perjalanan balik ke Malaysia, kami singgah di Amsterdam, bandar terkenal dengan 'canal' dan bebas serba serbi termasuk bebas sex dan dadah. Namun tidak kelihatan penagih-penagih dadah berkeliaran di jalanan. Kami juga berkesempatan sama-sama menyambut Happy New Year 2009 di dataran Dam Square. Kami selamat sampai ke tanak air pada petang 2 Januari 20 09 Adik (Idlan) dan Boy (Izad) di Dam Square
Setakat ini catatan saya buat permulaan, berjumpa dalam sedikit masa lagi, insyaAllah. Sementara itu sudi apa kiranya memberi komen, cadangan serta menghebahkan blog ini kepada saudara, rakan dan kenalan yang lain untuk mengujud dan mengeratkan lagi silatulrahim kita.
No comments:
Post a Comment