Custom Search

Wednesday, April 8, 2009

BN, PAS DAN PKR KEKAL


BN, PAS dan PKR telah mengekalkan kerusi masing-masing di tiga pilihan paya kecil (PPK)yang telah diadakan pada 7 April 2009.

Di DUN Batang Air, calon BN, Malcom Mussen Lamoh, 49 telah menewaskan calon PKR, Jawah Gerang dengan majoriti 1,854 undi. Mussen memperolehi 3,907 undi, manakala Jawah mendapat 2,053 undi.

Di DUN Bukit Selambau pula, PKR kekal apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi. Manikumar mendapat 12,632 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan, 49, memperoleh 10,229 undi.

Terdapat 13 calon bebas menyertai PPK ini dan kesemuanya kehilangan wang deposit dengan Abdul Rahim Abu, 49, memperoleh 60 undi; Husaini Yaacob, 44, (257); Mej (B) Anuar Abd Hamid, 58, (528); Radzi Md Lazim, 54, (25); Khamis Awang, 32, (29); Mohd Fazil Wahab, 38, (83); S Moganakumar, 43, (46); M Vaneson, 34, (32); L Sarala, 33, (49); T Chandrarajan, 40, (73); R Loganathan, 43, (31); Tan Hock Huat, 46, (78) dan A Jayagopal, 57, (35).


Di Parlimen Bukit Gantang ,PAS juga telah mengekalkan kuasa apabila calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi. Datuk Seri Mohammad Nizar, 52, bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang memperoleh 21,860 undi, manakala Ismail, 49, mendapat 19,071 undi. Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, hanya menerima 62 undi dan hilang wang deposit.-Utusan

Setengah pihak berpendapat bahawa kemenangan Dato’ Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak kepada pihak yang sah. Mereka menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment