Custom Search

Sunday, March 8, 2009

MESY AGONG PIBG SMK SEAFIELD YG KE 16


Ibu bapa, guru
SMK Seafield, Subang Jaya

dan tetamu yang dihormati sekelian.
Assalammulaikum dan salam sejahtera.

Sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi penghargaaan kepada tuan dan puan yang telah memberi kepercayaan kepada kami, AJK PIBG 2009/10. Kami akan lakukan yang terbaik dalam mencapai objektif PIBG dan Sekolah.


Mesyuarat PIBG yang pertama telah diadakan pada 4 Mac 2009 yang lalu. Diantara keputusan yang telah diambil ialah melantik AJK Kecil 3 projek yang telah diluluskan dan mengwujudkan web PIBG sendiri.

Sementara itu blog ini akan memberi maklumat PIBG kepada tuan dan puan sekelian. Komen adalah digalakan. Berikut adalah sedikit catatan berkaitan M
esyuarat Agong:

Pancaragam Sekolah menyerikan majlis Mesy Agong

M
esyuarat Agong PIBG S.M.K. Seafield, Subang Jaya yang ke 16 telah diadakan pada 21 Februari 2009. Majlis ini telah dihadiri seramai 210 orang ibu bapa dan guru. Jumlah ini meningkat 18.64% berbanding dengan kehadiran pada tahun 2008.

Pengetua merangkap Penasihat PIBG Puan Teh Seok Im telah membentangkan laporan yang meliputi:
  • Merakamkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agong
  • Prestasi akademik sekolah sentiasa cemerlang dengan peratus kelulusan :bagi PMR 2008 95.7%, SPM 2007 97.3%, STPM 2007 97.3%.
  • SMK Seafield telah memenangi 7 anugerah pada Hari Kualiti PPD 2008 4 sijil kecemerlangan akademik dan 1 anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan.
  • SMK Seafield juga mencapai 8 kejayaan bidang kokurikulum bagi tahun 2008/09.
  • Memaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia memberi bantuan kepada PIBG RM 10.00 bagi seorang pelajar setahun.

Yang Dipertua PIBG Datin Rosalind Lee Suy Ting dalam ucapannya:
  • Merakamkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.
  • Melahirkan perasaan gembira dan bangga kerana PIBG telah memainkan peranan penting dalam menjayaka visi dan misi sekolah disamping memberi sumbangan kewangan kepada sekolah.
  • Melahirkan hasrat untuk menarik diri dari memimpin PIBG setelah 8 tahun menerajui PIBG sekolah ini. Namun bersedia terus mencurah bakti kepada sekolah.
  • Berharap AJK yang baru sentiasa proaktif berusaha dan bekerjasama dengan pihak sekolah.
Barisan AJK PIBG 2009/10 bersama Penaung & Penasihat PIBG

Ahli-ahli telah menerima Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan PIBG dan juga melantik AJK 2009/10 seperti berikut:


  • Yang DiPertua : Dato' Abd Rahman bin Hj Ali
  • Naib Yang DiPertua : En Wong Tai Wan
  • Setiausaha : Pn Nor Hayati bt Mohamad
  • Naib Setiausaha : Pn Zunaidah bt Muhd Utama
  • Bendahari : Pn Looi Chui Yean
  • AJK Ibu Bapa :
  • En Azlan Abidin
  • En Prabakar S. Nair
  • Pn Anne Subashini Sivanathan
  • Pn Suhaily Ng
  • Pn Amirah Muhamad Nor
  • AJK Guru : En Zaharudin Abu Bakar
  • En Zulkifli bin Keliwon
  • Pn Nageswari a/p Soorianarayanan
  • Pn Ong Hooi Chean
  • Pn Ong Hooi Lang
  • Juruaudit : En Mohammad Abdullah
  • Pn Michelle Lee Saw Ken

Undian dijalankan untuk melantik AJK dan menerima cadangan


Ahli-ahli mesyuarat telah bersetuju sebulat suara menerima cadangan tambahan bayaran yang ditetapkan sebanyak RM 117.50 untuk tingkatan 1, 2, 4 dan 6 bawah menekala RM 127.50 untuk tingkatan 3, 5 dan 6 atas.

Sebanyak 14 kumpulan komplain dan usul telah diterima yang kebanyakannya melibatkan kemudahan dan urusan sekolah. Usul usul ini sedang diteliti untuk dilaksanakan.

Cenderahati untuk Datin Rosalind,diiringi oleh Pn TehSeok Im

Dalam ucapan penangguhan, Dato' Abd Rahman telah merakamkan penghargaan kepada hadirin sekelian yang telah begitu aktif dalam mesyuarat dan telah memberi kepercayaan kepada AJK yang baru. Kepercayaan ini merupakan amanah dan AJK akan melakukan yang terbaik. Beliau merakamkan penghargaan kepada Datin Rosalind yang telah banyak berjasa kepada PIBG dan Sekolah. Beliau berharap agar Datin Rosalind sudi menjadi Penaung PIBG dan Pasukan Pancaragam Sekolah.


Mesyuarat ditangguh pada jam1.30 tengah hari dan hadirin dijamu dengan jamuan tengah hari.

Nota: Penghargaan kepada Setiausaha PIBG kerana menyumbang maklumat dan En Gan Kim Jin menyumbang gambar-gambar.

1 comment: