Wednesday, March 25, 2009
REMAKING UMNO
UMNO ditubuhkan untuk membela orang Melayu. Pengasas serta ahli -ahli UMNO telah berjaya pada peringkat awal dan pertengahan penubuhannya sejak 63 tahun yang lalu. Mereka juga telah menarajui pemerintahan negara dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum dalam suasana kehidupan yang harmoni.
Namun, sejak kebelakangan ini kewibawaan UMNO telah merosot. Ini dapat dilihat dengan kehilangan tiga negeri dari kawalan UMNO dan BN. Ramai rakyat yang menganggap UMNO telah menyimpang dari landasan asal penubuhannya. Sebahagian pemimpin dan ahli-ahlinya tidak lagi IKHLAS menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka lebih mementingkan diri sendiri, tamak, gila kuasa, gila jawatan hinggakan sanggup memberi dan menerima rasuah.
UMNO kini sedang tenat. Jika pemimpin dan ahli-ahlinya tidak sedar, insaf dan berazam untuk REMAKE UMNO, terimalah padahnya pada pilihanraya yang akan datang. Mungkin UMNO akan lumpuh ketika itu.
Hari ini adalah 'D Day' bagi UMNO. Kita lihatlah kebijaksanaan ahli-ahli UMNO memilih pucuk kepimpinan mereka. Samaada mereka memilih secara rasional berdasarkan kewibawaan, kebolehan dan penerimaan rakyat, atau memilih kerana kroni, terhutang budi dan sebagainya.
UMNO masih menjadi harapan rakyat khususnya orang Melayu. YAB Dato' Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan barisan kepimpinannya wajib REMAKE UMNO. Beliau perlu 'realign' strategi kepada matlamat penubuhan, ubah budaya yang negatif kepada proaktif.' reengineer' struktur dan sistem jika ingin melihat UMNO masih releven dan terus memberi sumbangan signifiken kepada orang Melayu dan negara Malaysia yang tercinta ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment