Saya sebagai Yang DiPertua PIBG telah dijemput oleh Pengetua dan warga SMK Seafield, Subang Jaya untuk merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2010 pada 30 April 2010 yang lalu.
Dalam ucapan perasmian, saya telah memberi ingatan kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar cemerlang yang bakal menerima anugerah pada hari itu.
Saya berpendapat bahawa semua pelajar sepatutnya diberi peluang untuk mengetahui ucapan saya itu. Justeru itu , berikut dicatatkan sebahagian daripada ucapan saya yang khusus memberi ingatan ikhlas kepada pelajar-pelajar agar menjadi insan yang terbaik.
“Kepada pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,
Al Quran telah menerangkan bahwa manusia telah dijadikan sebagai makhluk terbaik. Lantaran itu, manusia mempunyai potensi dan berupaya mencapai prestasi terbaik. Persoalannya sekarang, mengapa sebilangan kita belum lagi mencapai yang terbaik? Jawapannya terdapat dalam ungkapan Leo Tolstoy, ahli falsafah ternama, yang menyebut,” Everyone thinks of changing the world, but none thinks of changing himself.”
Untuk berjaya mengubah famili,sekolah, masyarakat dan negara kita, kita harus bermula dengan mengubah diri kita sendiri. Kita perlu bermuhasabah diri, mencari kelemahan, berazam dan berusaha menambahbaik prestasi sambil menyokong Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang akan membantu kita menjadi pelajar dan sekolah terbaik.
Dalam melangkah untuk menjadi pelajar terbaik, anggaplah SMK Seafield sebagai telaga yang jernih yang mengalirkan air yang suci bersih. Segala ajaran, segala peraturan, segala leteran, segala hukuman, hanyalah kerana ingin menjadikan anda insan cemerlang.
Semasa menuntut ilmu di SMK Seafield, Marilah sama-sama bersepakat dalam haluan dan tenaga, bak perbilangan adat pepatih,
Bukit sama didaki
Lurah sama dituruni
Laba sama dikutip
Rugi sama ditatang
Hati kuman sama dicecah
Hati gagah sama dilapah
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Cicir sama rugi
Dapat sama laba
pangkal sama dipupuk
Pucuk sama digentas
Bunga sama dipetik
Henry Ford pernah berkata, “ Coming together is a beginning, keeping together is progress, working together is success.”
Sekali lagi saya ingatkan wahai pelajar-pelajar sekelian,
A man is but the product of his thought
What he thinks he becomes
Thinking well is wise
Planning well is wiser
Doing well is the wisest and best of all
So congratulations to all of you for doing well.
Akhir kata, marilah kita berganding bahu dan berusaha agar SMK Seafield dapat melahirkan insan-insan yang:
cemerlang akhlaknya,
terbilang pencapaiannya,
dan gemilang hidupnya.
Dengan harapan ini dan lafaz bismillahhirahmanhirahim saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2010 SMK Seafield. Sekian, Terima kasih.”
Semoga ucapan tersebut diatas dapat difahami dan dihayati oleh pelajar-pelajar sekalian dalam usaha anda mencipta kejayaan, bak kata Albert Gray,
‘Winners have simply formed
The habit of doing things
Losers don’t like to do.’
Selamat Maju Jaya.
Yang Ikhlas,
Dato’ Abd Rahman Hj Ali
replica bags qatar replica bags philippines wholesale replica bags near me
ReplyDelete