Custom Search

Sunday, February 14, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SEAFIELD, SUBANG JAYA. YANG KE 17

Mesyuarat Agung PIBG SMK Seafield, Subang Jaya Kali Ke 17 telah diadakan pada 2.30 ptg, 7 Feb. 2010. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 208 guru dan ibubapa dan dirasmikan oleh Y Bhg. Datin Rosalind Lee Suy Ting, PPN., Penaung PIBG.

Antara keputusan yang telah diambil adalah seperti berikut:

1) Barisan AJK PIBG Sesi 2010

Penasihat : Pn Teh Seok Im (Pengetua)
Pen. Penasihat : Pn Chong Ik Poh ( Pen. Kanan 1)
Pn Roslina Ahmad ( Pen. Kanan HEM)
En Abd Rahim Khalid (Pen. Kanan Kokurikulum)
En Musawir Jamshaid ( Pen. Kanan Petang)

Yang DiPertua : Dato' Abd Rahman Bin Hj Ali
Naib Yang DiPertua : En Wong Tai Wan
Setiausaha : Pn Nor Hayati Bt Mohamad
Pen. Setiausaha : Pn Pn Zaini Bt Mohamad
AJK Ibubapa : En Azlan Abidin
En Prabakar S. Nair
En Jimmy Tan Yong An
Pn Suhaily Ng
Pn Amirah Muhamad Nor
AJK Guru : En Zaharol Ismail
Pn Suhaili Elias
Pn Sophia Law
Pn Mohana Raju
Pn Siew Mun Ling

Jawatan Setiausaha, Bendahari dan AJK dari kalangan guru terlebih dahulu dipilih oleh Pengetua selaku Penasihat PIBG.

2) Sumbangan PIBG Tahun 2010

Mesyuarat meluluskan supaya ibubapa pelajar tingkatan 1,3,4 dan 6 Rendah menyumbang PIBG sebanyak RM 50.00 (sekeluarga). Menekala ibubapa ppelajar tingkatan 3,5 dan 6 Atas menyumbang RM 60.00 (sekeluarga).

Pecahan sumbangan adalah RM 10.00 untuk Keselamatan, RM 10.00 untuk Kurikulum, RM 10.00 untuk Kokurikulum, RM 10.00 untuk Penyelengaraan, RM10.00 untuk Kebajikan Pelajar dan RM10.00 Program Peningkatan Prestasi (Tingkatan 3,5 dan 6 Atas).

3) Projek PIBG 2010

Mesy juga sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan Projek Hari Keluarga bagi mengutip dana PIBG bagi menambah dan menaiktaraf tandas sekolah.

Saya, Dato' Abd Rahman Hj Ali selaku Yang DiPertua yang baru dilantik mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kepercayaan ibubapa kepada saya untuk terus menerajui PIBG bagi sesi 2010. Saya akan tunaikan amanah yang diberikan ini sebaik mungkin, insyaAllah. Saya juga merakam penghargaan kepada semua ibubapa dan pelajar yang telah memberi sokongan dan bantuan kepada PIBG selama ini. Semoga sokongan tuan/ puan dan sdra/sdri itu akan diteruskan demi kecemerlangan pelajar-pelajar dan Sekolah SMK Seafield.

Yang Benar,
Dato' Abd Rahman Hj Ali
Yang DiPertua PIBG Sesi 2010
Ps:Utk Mesy Agung terkini sila rujuk: www.pibgsmkseafield.blogspot.com

No comments:

Post a Comment