Custom Search

Tuesday, February 10, 2009

EXCO BARU PERAK

Seramai enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri (Exco)Perak yang baru telah dilantik dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sulta Azlan Shah. Mereka terdiri dari dua muka lama dan empat muka baru seperti berikut:

2 bekas Exco

  1. YB Datuk Ramly Zahari (Adun Manong) dan
  2. Datuk Saarani Mohamad (Adun Kota Tampan)

4 Muka baru

  1. YB Dr Mah Hang Soon (Adun Chenderiang),Ketua Pemuda MCA
  2. YB Zainol Padzi Paharudin (Adun Sungai Manik),Ketua Pemuda UMNO
  3. YB Hamidah Osman (Adun Sungai Rapat) dan
  4. YB Mohd Zahir Abdul Khalid (Adun Kamunting).

Kepada YAB Menteri Besar dan barisan Exco yang baru diucapkan:

Selamat Berkhidmat

Demi kemajuan rakyat dan Negeri Perak

Diharap

tidak akan berlaku bak kata pepatah

"Harap Pagar, Pagar Makan Padi"

VISA-FREE WITH BRITAIN



“I am pleased with this result. It reflects the hard work that both we and the Malaysian Government have put into this issue over the last few months,” Boyd McCleary, British High Commissioner


Malaysia has retained its visa-free status with Britain.

This means that Malaysians can visit and remain in Britain without a visa for up to six months.

The decision was announced in the House of Commons by British Home Secretary Jacqui Smith late yesterday (11.30pm Malaysian time). While in Malaysia, British High Commissioner Boyd McCleary briefed Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim on his government’s decision yesterday.- The Star Online

2 PILIHAN RAYA KECIL

Berita Terkini!!!
Kita akan menyaksikan dua lagi pilihan raya kecil berikutan kejadian seperti berikut:
  1. Kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang daripada PAS YB Tuan Haji Roslan Shaharum, 50 tahun pagi kelmarin dipercayai kerana serangan jantung. Al Fatihah.
  2. Perletakan jawatan YB V. Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Negeri Kedah. Beliau meletak jawatan kerana tidak tahan 'pressure".

Di jangka persengketaan dikalangan Pakatan Rakyat (PR) dan diantara PR dan BN akan berterusan. Diharap ianya tidak akan menjejaskan ketenteraman di Perak dan Kedah dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang.

Selamat mengundi di Parlimen Bukit Gantang (P59), Perak dan DUN Bukit Selambau (N25), Kedah.



PENUMBRAL LUNAR ECLIPSE



The first lunar eclipse of 2009 is occuring now, at 10.50pm , February 9, 2009, at the time this article is being written. The Penumbral Lunar Eclipse, as the terminology calls it, can be seen in Malaysia and other Eastern Asia countries, Australia, New Zealand, Alaska, and Hawaii. I'm glad I saw it clearly with my naked eyes, as dusky shading which filled up about 70% of the bright full moon.

According to NASA, the eclipse's start and end are not visible to the naked eye. No shading can be detected until about two-third of the moon's disk is immersed in the penumbra. Therefore, the eclipse can be seen from 10:00 pm to 11:20 pm Malaysian time or 14:00 to 15:20 Coordinated Universal Time (UTC), even though the times of the eclipse's major phases are as follows:


  • Penumbral eclipse starts at 8:38pm M'sian or 12:38 UTC

  • Greatest eclipse occurs at 10:38 pm M'sian or 14:38 UTC

  • Penumbral eclipse ends at 12:37am Msian or 16;37 UTC

For your information, a penumbra refers to a partially shaded outer region of a shadow that an object casts. A penumbral eclipse occurs when the moon passes through the faint penumbral portion of the earth’s shadow. The lunar surface is not completely shadowed by the earth’s umbra (darkest part of a shadow). Instead, observers see only the slightest dimming near the lunar limb closest to the umbra. The eclipse may be undetectable unless at least half of the moon enters the penumbra.


I'm grateful to have the opportunity to observe both esclipses that have occured this year ie. the Annular Solar Eclipse on January 26 (pls. refer to the article posted on 26/1/09) and this one. There will be another four eclipses to occur during this year:



  • A Penumbral Lunar Eclipse 0n July 7

  • A Total Solar Eclipse on July 22

  • A Penumbral Lunar Eclipse on August 6

  • A Partial Lunar Eclipse on December 31

Minda ArRaina will provide information about the above mentioned eclipses closer to the time of their occurence.


Sunday, February 8, 2009

KARPAL KECAM ANWAR




BERITA PANAS!!!


Tidak layak memimpin PKR?

Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP mengecam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkannya tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

Beliau juga mengingatkan mana-mana pihak,termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong dan Balik Pulau, yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya bersedia dengan apa juga akibatnya. Ini beliau anggap sebagai ugutan dan berkata, “Jangan main-main dengan saya.” -Utusan Malaysia.

Setiap pemimpin Pakatan Rakyat ( PR ) nampaknya sedang 'tension' disebabkan kehilangan kuasa di Perak. Akibatnya mereka mula mencari salah antara satu dengan lain. Keretakan dikalangan PR telah jelas kelihatan.

Semoga kekalutan politik ini menjadi iktibar kepada semua agar menjaga 'team' masing-masing dan mempastikan tiada ahli yang menjadi 'katak' dan menjejas 'status quo' parti dan pemerintahan negeri dan negara.

NIZAR MASIH MB PERAK

' Mesyuarat Khas Exco' di Kediaman Rasmi MB

YB Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin masih menganggap dirinya sebagai Menteri Besar Perak dan secara langsung menyanggah titah perintah Paduka Seri Sultan Perak supaya meletak jawatan. Beliau telah meneruskan 'tugasnya' dengan mengadakan 'Mesyuarat Khas Exco' di kediamannya.

Beliau juga telah mengatakan bahawa beliau akan datang seperti biasa ke pejabat pada hari Selasa dan "akan berlumba-lumba siapa yang masuk dulu (jika Datuk Dr. Zambry tiba pada masa yang sama)." Tambah beliau lagi.

Sementara itu YAB Dato' Seri Najib, TPM telah berkata,"Kita mesti menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Perak. Sebagai bekas Ketua Hakim Negara sudah tentu Tuanku amat memahami peranannya sebagai sebagai Raja Berperlembagaan."Tiada sesiapa pun yang patut mencabar keputusan ini."

Beginilah senario Negeri Perak ketika ini:

  • Terdapat dua MB dan akan berebut ke pejabat.
  • Menjalankan Mesyuarat Exco tanpa merujuk kepada Sultan terlebih dahulu dan tanpa kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, dan Pegawai Undang- Undang.
  • Pakatan Rakyat akan menfailkan saman terhadap Sultan pada Selasa ini.
  • Suasana Kecoh, petanda kurang baik untuk keharmonian dan pelaburan.

Nampaknya rakyat Perak terpaksa mengharungi kemelut yang akan mengambil masa untuk diselesaikan. Kecuali pihak Dato' Seri bermuhasabah diri dan akur dengan titah perintah Sultan. Mengikut pengalaman, jika menyanggah titah Sultan kita telah derhaka dan akan sukar hidup di negeri dimana Sultan itu bersemayam.

Kita berdoa agar keadaan ini tidak akan berlaku dan Negeri Perak akan terus aman sentosa dan maju.



Saturday, February 7, 2009

NIZAR DERHAKA SULTAN PERAK


“Saya begitu terperanjat apabila beliau membuat kenyataan mahu derhaka kepada raja, sesuatu yang langsung tidak menggambarkan beliau menghormati Perlembagaan dan kedudukan Sultan Azlan Shah sebagai Raja bagi negeri Perak,” kata Naib Presiden Umno, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Utusan Malaysia Online)

Ucapan di atas dilafazkan setelah bekas Menteri Besar, YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa ia akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di mahkamah Tinggi, Ipoh pada selasa ini.

Langkah itu diambil berikutan Sultan bertindak melampaui badang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang sebagai tidak sah, ujar Pengerusi DAP Karpal Singh.

Tan Seri Muhyiddin menambah'keberanian' Mohammad Nizar menyanggah keputusan Sultan Azlan Shah berhubung perkara itu, malah mahu mencabar Baginda di mahkamah, amat dikesali.

Beliau selanjutnya berkata bahawa semua pihak sepatutnya menghormati keputusan Sultan Perak kerana Baginda juga amat arif dalam bidang perundangan selaku bekas Ketua Hakim Negara

Beginilah keadaan kemelut Politik di Perak kini. kita amat simpati dengan YB Dato Seri Nizar. Bak kata pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu memikul." Namun, Beliau harus terima hakikat bahwa beliau telah kehilangan sokongan majoriti.
Apabila beliau enggan akur dengan titah perintah Paduka Seri Sultan Perak, maka beliau dilihat tidak setia dan derhaka kepada Sultan. Apatah lagi beliau ingin memfailkan saman terhadap Sultan. Ini mungkin menimbulkan kemurkaan Paduka Seri Sultan. Akhirnya Dato Seri akan menerima padahnya.

Sama-samalah kita berharap agar Dato Seri menerima hakikat yang berlaku serta menerima Qada' dan Qadar. Ini adalah ujian Allah SWT kepada beliau dan kawan-kawannya.
Sama-samalah kita berdoa agar Dato Seri diberi taufik dan hidayah untuk menggambil jalan yang terbaik untuk rakyat Negeri Perak dan sebagai orang Melayu, tidak akan derhaka seperti ' Hang Jebat' sebagaimana yang dinasihatkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, MP Gua Musang.

Marilah juga kita berharap agar kerajaan yang baru memerintah kini akan benar-benar mampu membela rakyat dan memajukan Negeri Perak.