Custom Search

Friday, February 6, 2009

PULAU REDANG, A PARADISE


In the middle of Jun 2008, We had the opportunity to visit Pulau Redang, a paradise for scuba divers and snorklers.

Pulau Redang, located about 50 km from the mainland and a 2 hours boat ride from the Marang Jetty, is surrounded by crystal clear waters, pearly white shores, a colourful array of marine life, a breathtaking sunset, and the most mature coral garden.

The Pulau Redang Marine Park is the best diving spots in the world. Its marine life is protected and souvenir hunters are liable for prosecution.

This paradise -like island is perfect for:
  1. Swimming
  2. Snorkeling
  3. Scuba Diving
  4. Jungle Tracking
  5. Fishing
  6. Boating
  7. Canoeing

While enjoying the sceneries and activities, accomodation is easy to obtain, in the form of chalets and international class resorts.

We stayed in Berjaya Redang Beach Resort and experienced one of the best vacations in the paradise of Pulau Redang. The following is the video prepared by Izad, nickname Abang, Boy:





Hope you will visit Pulau Redang, if you have not been, and feel the spectacular charm of Pulau Redang.

Thursday, February 5, 2009

TAHNIAH YAB DATUK DR ZAMBRY


Tahniah
YAB Datuk Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar Negeri Perak
Yang
Ke Sebelas
Semoga rakyat dan negeri Perak akan terus
Maju dan Makmur
di bawah Kepimpinan YAB Datuk.
Amin
Maklumat YB Datuk Dr Zambry Abdul Kadir
TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962
TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak
ISTERI: Datin Saripah Zulkifli
ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki)
KELULUSAN AKADEMIK:
  • PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
  • MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
  • MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
  • B Econs (Kepujian) UIAM (1987)

PENCAPAIAN:

  • Anugerah Kepujian (PhD) 1995
  • Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
  • Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)

JAWATAN:

  • Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
  • Ketua Umno Bahagian Lumut
  • Adun Pangkor (sejak 2004)
  • Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)

TANDA-TANDA KEBAHAGIAAN DAN KECELAKAAN

Setiap insan inginkan kebahagiaan. Bagi umat Islam, kita bukan sahaja ingin kebahagiaan di dunia,bahkan juga di akhirat.Namun, dalam kesibukan mengejar kebahagiaan , sebenarnya kita menuju kecelakaan? Betul ke? Cuba kita lihat tanda-tanda kebahagiaan dan kecelakaan sepertimana tercatat dalam kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Yang Lupa)

Tanda Kebahagiaan

  1. Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat
  2. Sentiasa ingin beribadah dan membaca Al-Quran
  3. Sedikit berbicara hal yang tidak perlu
  4. Sentiasa memelihara solat lima waktu
  5. Warak terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak
  6. Bersahabat dengan orang yang baik-baik
  7. Bersikap tawadduk, tidak sombong
  8. Dermawan dan pemurah
  9. Belas kasihan terhadap makhluk yang dicintai Allah
  10. Bermanfaat bagi Makhluk
  11. banyak mengingati mati

Tanda kecelakaan

  1. Rakus dalam mengumpulkan harta
  2. Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan mencari keenakan dunia
  3. Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang
  4. Meremahkan solat lima waktu
  5. Bergaul dengan orang yang berbuat dosa
  6. Buruk budi pekertinya
  7. Berlaku bongkak dan sombong
  8. Tidak memberi manfaat kepada manusia
  9. Sedikit belas kasihnya terhadap orang-orang yang beriman
  10. kikir
  11. Tidak ingatkan mati

Syukurlah jika amalan kita menepati tanda-tanda kebahagiaan. Bagi yang amalannya masih tergulung dalam kategori kedua,usah gundah, marilah kita insaf dan bertaubat. Allah telah berfirman:

"Dan (sebahagian ) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur-adukkan amalan yang baik dengan amalan yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani." (Al- Taubah:102)

Mudah-mudahan taubat kita diterima Allah dan sama-sama berubah menuju kebahagiaan.

Tuesday, February 3, 2009

SNOW MELANDA ENGLAND

"The snow
fall has been the heaviest in decades
and has meant that our operation
is even finding it difficult to find empty space to put the snow."
BAA spokesman

Plane Slips at Heathrow

Salji telah melanda England menyebabkan penutupan sekolah, pejabat, jalan raya, perhidmatan keretapi, dan pembatalan ratusan penerbangan. Kejadian salji kali ini merupakan yang terburuk dalam masa 18 tahun. Salji juga mengakibatkan kekecohan di Barat Europe.



Permandangan dari laman rumah Along, Abang Long dan Qistyna.

Salji juga telah menimbulkan suasana yang menyeronokan kepada kanak-kanak dan orang ramai. Penutupan sekolah dan pejabat memberi peluang kepada mereka menikmati salji yang banyak turun sehingga melebihi satu kaki. Disini dipaparkan gambar-gambar yang di ambil di sekitar tempat tinggal Along, Abang Long dan Qistyna Alisa di Croydon, London.


Along, Abang Long dan Qistyna di hadapan kereta dan rumah milik mereka


Qistyna menikmati snow kali Ke 2. Yang Pertama pada 6 April 2008 (Spring season !), semasa ia kecil lagi - sebulan.



Along beraksi di atas hamparan salji seluas mata memandang!

Enjoy yourselves
Abang Long, Along and Qistyna.
May Allah SWT grants you all Health, Wealth and Happiness.
Amin.

TAHNIAH BANI



Tahniah

diucapkan kepada anak saudara kami,

En Robani bin Sayuti, AMW

Jabatan Perancangan Bandar,

Perbadanan Putrajaya,

yang telah dianugerah darjah Ahli Mahkota Wilayah (AMW)

oleh

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Sempena

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2009.


Kami doakan

semoga Bani, Odah sekeluarga

sentiasa

dirahmati Allah S.W.T.

dan terus bahagia dan berjaya.

Amin

Monday, February 2, 2009

BALIK KAMPUNG

Permandangan Dari Tingkat 9 Hotel Putra Palace, Kangar

Sempena cuti menyambut Tahun Baru Cina, Kami bertiga berpeluang balik kampung di Jejawi, Kangar selama empat hari. Perjalanan pergi mengambil masa enam jam kerana kenderaan yang agak sesak. Begitu juga semasa balik. Masing-masing mengambil peluang balik ke kampung halaman berjumpa saudara, kawan kenalan yang mungkin telah lama tidak berjumpa.

Pada kali ini, kami berkesempatan membuat kunjung hormat kepada YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis dan ke pejabat Ahl-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.



Gambar kenangan bersama YAB Menteri Besar Perlis

Kami juga berkunjung Ke Pejabat RISDA Negeri Perlis dan berjumpa ramai pegawai dan staf lama dan baru seperti Hasnah, Saodah, Sadli, Hashim, Tipah dan lain-lain. Kami juga dimaklmkan bahawa En Mohd Radzuan bin Mohd Diah, Pengarah RISDA Negeri Perlis,telah menggalami 'minor stroke' dan sedang cuti sakit.

Kami sempat bertandang ke rumah En Radzuan pada sebelah petang. Nampaknya beliau beransur pulih, boleh berbual dan berjalan. Rasa kebas di tangan dan kaki masih terasa, menurut beliau. Beliau sedang menjalani rawatan physio terapy. Marilah kita doakan agar En Radzuan segera sembuh dan terus memimpin RISDA Perlis. Amin

Santai Cafe pada jam 11.00 mlm, suasana nyaman.

Kalau anda ingin bersantai di waktu malam, kami cadang Santai Cafe di Putra Palace. Tempat selesa dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan musik yang 'best' alunan pemuzik tempatan. Cafe ini baru dibuka mulai awal Januari 2009.


Pak Su Dan Untie Wati sedang menunggu hidangan

Danish , Daniel siapa menang?


Adik dan Datin setelah menjamu selera
Balik Kampung kali ini amat menyeronokkan. Kami harap anda juga seronok semasa cuti menyambut Tahun Baru Cina ini. Jumpa Lagi.









Sunday, February 1, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH


Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.


Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan serta warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sambil bercuti dan merayakan sambutan hari yang istimewa ini, marilah kita sama-sama menghargai peranan ketiga-tiga wilayah ini dalam pembangunan negara dibawah kepimpinan YB Datuk Zulhasnsn Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan.

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang merupakan gerbang utama ke Malaysia telah membangun dengan pesat dan berjaya memberi gambaran yang baik dan positif kepada pengunjung dari luar negara tentang kejayaan pembangunan negara.

Tahniah dan semoga terus berjaya.